Saturday, December 25, 2010

Selamat Hari Natal

Selamat Hari Natal diucapkan kepada ahli-ahli Kesenian Cahaya Lopeng yang menyambut perayaan tersebut dan juga kepada semua orang yang menyambut hari Natal. Merry Christmas. Semoga perayaan Krismas pada tahun ini mengeratkan hubungan sesama kita. Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua, diharap tahun hadapan adalah lebih baik daripada tahun ini.

Tuesday, December 14, 2010

Perancangan Tahun 2011

Untuk menghadapai tahun 2011 yang bakal mendatang, beberapa ahli KCL sedang berbincang mengenai perancangan untuk tahun hadapan. Memang terdapat banyak kekangan. Tetapi, di mana ada kemahuan tentu di situ ada jalan. Oleh itu, perancangan seharusnya dijalankan sebaik-baiknya supaya tidak kelam kabut pada tahun hadapan. Hal ini kerana, terdapat terlalu banyak komitmen lain yang terpaksa diuruskan sebelum penari serta koreografer dapat fokus sepenuhnya terhadap kumpulan ini.

Atas semangat juang yang tinggi, diharap semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan apa-apa sahaja yang dirancang bagi meningkatkan mutu persembahan kumpulan Kesenian Cahaya Lopeng. Semoga kejayaan kumpulan-kumpulan tarian lain menjadi pembakar semangat kepada kumpulan KCL untuk merealisasikan impian utama KCL iaitu untuk memartabatkan sehabis baik budaya bangsa di negara kita.

Monday, December 13, 2010

Pertandingan Tarian Bahagian Miri 2010

Untuk menghadapi Pertandingan Tarian Bahagian Miri beberapa bulan yang lalu, kumpulan Kesenian Cahaya Lopeng telah bersedia beberapa bulan lebih awal. Tetapi terdapat banyak kekangan hingga menyebabkan ahli-ahli Kesenian Cahaya Lopeng kehilangan fokus buat sementara waktu. Kami bernasib baik kerana step-step telah siap dikoreograf oleh Mohd Zahir. KCL terpaksa bersedia untuk Konsert Amal PIBG yang diadakan sebelum Pertandingan Tarian Bahagian Miri berlangsung. Dalam masa yang sama, kebanyakan ahli KCL terlibat dengan pertandingan-pertandingan lain seperti Bola Baling, Drama Bahasa Inggeris dan sebagainya. Tidak dinafikan, memang sukar untuk mengumpul semua ahli KCL. Tetapi, para penari bijak membahagikan masa.

Koreografer KCL, Mohd Zahir telah menyiapkan kami dengan tarian Asli (Sayang Sarawak), Inang Pulau Kampai serta Joget. Begitu juga dengan tarian Menyak dari suku kaum Melanau.

Pada pagi Jumaat, 23 April 2010 sebelum berlangsungnya pertandingan sebenar, kami telah berangkat ke Subis, Niah. Kami telah menempah sebuah chalet yang agak besar dan cukup untuk memuatkan semua ahli KCL selama satu malam. Pagi tersebut kami berlatih beberapa kali di pentas yang digunakan untuk pertandingan

Aksi koreografer bersama penari-penari


Pada hari pertandingan sebenar, penari-penari perempuan mula bersiap seawal 3 pagi. Segala mekap dan perhiasan dipersiapkan dengan teliti bagi mengelakkan masalah daripada timbul di saat-saat akhir. Pada sebelah pagi, semua pasukan yang bertanding mempersembahkan tarian kategori rampaian tradisional dan diikuti tarian etnik pada sebelah petangnya.



Walaupun tidak mendapat apa-apa tempat, kami berasa amat puas hati kerana telah melakukan yang terbaik :). Keputusan Pertandingan Tarian Bahagian Miri tersebut adalah seperti berikut :

Johan : SMK Subis
Naib Johan : SMK Riam
Tempat Ketiga : SMK Suai


- Anugerah Tarian Rampaian Melayu Terbaik Keseluruhan : SMK Subis
- Anugerah Koreografi Tarian Rampaian Melayu Terbaik Keseluruhan : SMK Subis
- Anugerah Koreografi Ke 2 Tarian Rampaian Melayu Terbaik : SMK Dato Permaisuri
- Anugerah Tarian Etnik Terbaik Keseluruhan : SMK Subis
- Anugerah KoreografiTarian Etnik Terbaik Keseluruhan : SMK Subis
- Anugerah Koreografi Ke 2 Tarian Etnik Terbaik :SMK Riam
- Busana Terbaik Rampaian Melayu : SMK Merbau
- Busana Etnik Terbaik : SMK Riam
- Penari Lelaki Terbaik : SMK Subis
- Penari Perempuan Terbaik :SMK Dato Permaisuri


Tahniah kepada sekolah-sekolah yang memenangi pertandingan tersebut. Semoga kemenangan kalian akan menjadi inspirasi kepada kami, Kesenian Cahaya Lopeng

Saturday, December 11, 2010

Kosert Amal PIBG 2010

Kumpulan Kesenian Cahaya Lopeng telah mengadakan beberapa persembahan pada Konsert Amal PIBG 2010 di Dewan Suarah Miri. Antara persembahan yang ditarikan semasa malam tersebut adalah tarian Nirmala sebagai tarian pembukaan dan tarian Rampaian Sarawak Kreatif.Kedua-dua persembahan tersebut adalah bawah pimpinan koreografer Kesenian Cahaya Lopeng, iaitu Mohd Zahir.

Selain itu, beberapa penari KCL terlibat dengan tarian Orang Ulu ( Datun Julud ) dan tarian Iban ( Ngajat Indu ) semasa konsert amal tersebut. Kedua-dua tarian ini juga adalah di bawah pimpinan Mohd Zahir.

Latihan untuk persembahan tersebut telah diadakan lebih kurang selama dua bulan sebelum konsert amal. Kumpulan Kesenian Cahaya Lopeng berada dalam dilema kerana kami perlu bersedia untuk Pertandingan Tarian Peringkat Bahagian Miri serta Konsert Amal PIBG tersebut. Beberapa orang penari juga terlibat dengan beberapa aktiviti lain dan ia merupakan satu cabaran bagi kami untuk berlatih bersama-sama. Walaubagaimanapun, atas semangat kerjasama yang tinggi, semua penari KCL mampu membuatnya.

Kesemua penari bersiap seawal 10 pagi dari sekolah pada hari tersebut bagi memastikan tiada masalah teknikal berkaitan solekan dan dandanan serta cotume di saat-saat akhir.







Sejarah Penubuhan Kesenian Cahaya Lopeng

Kumpulan Kesenian Cahaya Lopeng telah diwujudkan pada tahun 2006. Pada asalnya, Kesenian Cahaya Lopeng telah dikenali sebagai kumpulan Seri Lopeng. Namun begitu, nama Seri Lopeng telah ditukar kepada Kesenian Cahaya Lopeng pada tahun 2009 untuk memberi semangat yang baru kepada penari-penari kumpulan ini.

Pada mulanya, kumpulan ini terdiri daripada 12 orang penari. Kumpulan tarian ini beraksi pada pentas pertandingan yang pertama pada tahun 2007 di SMK Suai, Miri. Namun begitu, pada masa tersebut kumpulan Seri Lopeng tidak memenangi apa-apa tempat. Namun begitu, atas semangat yang gigih, Seri Lopeng bangkit semula pada tahun 2008.

Pada mulanya, kumpulan ini dibimbing oleh Puan Solosa dan Cik Nur Azura. Namun begitu, pada tahun 2008, Puan Solosa berpindah ke Kuching.  Walaubagaimanapun, semangat juang para penari serta krew Seri Lopeng masih tinggi. Pada tahun 2009, Kesenian Cahaya Lopeng meneruskan perjuangan dalam pentas tari dan hasilnya agak memberansangkan.

Pada tahun 2010, Cik Nur Azura telah berpindah ke Perak atas sebab tertentu. Namun begitu, nantikan kemunculan Kesenian Cahaya Lopeng pada tahun 2011 dengan semangat yang baru. :)


                                                                       Tahun 2008

                                                                        Tahun 2009