Saturday, December 11, 2010

Kosert Amal PIBG 2010

Kumpulan Kesenian Cahaya Lopeng telah mengadakan beberapa persembahan pada Konsert Amal PIBG 2010 di Dewan Suarah Miri. Antara persembahan yang ditarikan semasa malam tersebut adalah tarian Nirmala sebagai tarian pembukaan dan tarian Rampaian Sarawak Kreatif.Kedua-dua persembahan tersebut adalah bawah pimpinan koreografer Kesenian Cahaya Lopeng, iaitu Mohd Zahir.

Selain itu, beberapa penari KCL terlibat dengan tarian Orang Ulu ( Datun Julud ) dan tarian Iban ( Ngajat Indu ) semasa konsert amal tersebut. Kedua-dua tarian ini juga adalah di bawah pimpinan Mohd Zahir.

Latihan untuk persembahan tersebut telah diadakan lebih kurang selama dua bulan sebelum konsert amal. Kumpulan Kesenian Cahaya Lopeng berada dalam dilema kerana kami perlu bersedia untuk Pertandingan Tarian Peringkat Bahagian Miri serta Konsert Amal PIBG tersebut. Beberapa orang penari juga terlibat dengan beberapa aktiviti lain dan ia merupakan satu cabaran bagi kami untuk berlatih bersama-sama. Walaubagaimanapun, atas semangat kerjasama yang tinggi, semua penari KCL mampu membuatnya.

Kesemua penari bersiap seawal 10 pagi dari sekolah pada hari tersebut bagi memastikan tiada masalah teknikal berkaitan solekan dan dandanan serta cotume di saat-saat akhir.